logo
Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque.
+387648592568
[email protected]
Eighth Avenue 487, New York
Carian
 

Blog

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Rich Talents International College dan Persatuan Eksekutif Makanan dan Minuman Malaysia (MFBEA)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Rich Talents International College dan Persatuan Eksekutif Makanan dan Minuman Malaysia (MFBEA)

 

Industri kulinari di Malaysia antara industri perkhidmatan yang berkembang pesat menyumbang ke arah keperluan tenaga mahir, terutamanya dalam sektor hospitaliti dan pelancongan. Senario ini memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negara. Bidang kulinari ini diiktiraf dan dilabel sebagai kerjaya professional yang memerlukan kepakaran dan kreativiti.

Sejajar dengan itu, Rich Talents International College (RTIC) telah menjalinkan perkongsian strategik dengan menandatangai memorandum persefahaman (MOU) bersama Persatuan Eksekutif Makanan dan Minuman Malaysia (MFBEA). Inisiatif ini bukan sahaja mampu menyahut aspirasi matlamat untuk meningkatkan pendidikan, malah dapat dijadikan landasan mempromosikan kecemerlangan dalam industri makanan dan minuman untuk terus berkembang maju.

Menerusi kerjasama ini, pelajar-pelajar akan mendapat kebaikan melalui hubungan kerja yang rapat dengan profesional industri.

Persatuan Eksekutif Makanan dan Minuman Malaysia (MFBEA) ditubuhkan pada 1988. Penubuhan persatuan ini adalah untuk mewakili kepentingan profesional F&B, menaikkan imej industri dan menaik taraf piawaian di dalam industri hospitaliti di Malaysia.

Menurut Pengasas RTiC, Prof. Datuk Chef Zamzani, “Sektor perhotelan dan pelancongan merupakan penyumbang penting kepada GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara dan ianya terus berkembang. Oleh itu, setiap usaha mesti dilakukan untuk memastikan pelajar menerima latihan terbaik sebelum memasuki alam kerjaya.

Kerjasama bersama organisasi seperti MFBEA membantu mengawal piawaian industri, mengukuhkan kualiti serta memberi pengetahuan kepada pelajar dan menyediakan peluang untuk mendapatkan pendedahan yang diperlukan bagi membina kerjaya yang lebih bermanfaat.

Menerusi usaha ini, pelajar-pelajar akan mendapat kebaikan melalui hubungan kerja yang rapat dengan profesional industri, serta memperolehi kelebihan kompetitif melalui pendedahan rangkaian dan kemahiran di luar kurikulum SKM.

Memorandum persefahaman bersama dengan MFBEA ini, akan menyediakan peluang bagi pelajar-pelajar mempelajari bagaimana untuk menganjurkan sesuatu acara daripada profesional industri yang berpengalaman,” tegasnya.

Antara objektif menerusi kerjasama ini :

  1. Pertukaran institusi antara fakulti dan kakitangan daripada institusi RTiC.
  2. Penyelenggaraan simposium, persidangan, kursus pendek dan mesyuarat mengenai isu-isu penyelidikan.
  3. Pertukaran maklumat yang berkaitan dengan perkembangan dalam pengajian, pembangunan pelajar dan penyelidikan.
  4. Kerjasama dalam projek penyelidikan dan penerbitan antara MFBEA dan institusi rakan kongsi.
  5. Mempromosikan dan menilai program serta aktiviti yang dianjurkan oleh kedua-dua organisasi bagi memastikan ia mengikuti standard kualiti tertinggi dan kejayaan berterusan.
  6. Pelajar RTiC akan menjadi ahli MFBEA selama tiga tahun, memperolehi kemudahan akses, perkhidmatan dan peluang yang besar. Pertukaran pelajar akan membantu mempromosikan misi MFBEA dan berpeluang membina komuniti.

Rich Talents International College ditubuhkan pada Mac 2021 dan telah beroperasi sepenuhnya sejak Januari 2022 sehingga kini mempunyai 130 pelajar diberikan pembiayaan pengajian menerusi kerjasama bersama agensi kerajaan antaranya Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Yayasan Pendidikan MAIDAM Terengganu, dan Lembaga Zakat Selangor.

 

 

Sumber : UtusanTV