logo
Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque.
+387648592568
[email protected]
Eighth Avenue 487, New York
Carian
 

Tentang Kami

Rich Talents International College (RTiC) telah ditubuhkan pada tahun 2021 dan terletak di tengah-tengah Pusat Bandaraya Shah Alam, Selangor.  RTiC ialah sebuah kolej/pusat latihan kemahiran/TVET berobjektif untuk memperkasakan bangsa Malaysia dengan kemahiran tinggi dalam bidang kritikal bagi industri pelancongan dan makanan negara.  Ia menawarkan pelbagai jenis kursus berteraskan Seni Kulinari & Pastri/Bakeri serta Penyediaan Makanan kepada anak-anak muda lepasan PT3, SPM, SPMV, usahawan kecil/sederhana, syarikat korporat dan juga orang dewasa yang beraspirasi dalam memenuhi keperluan dan permintaan pendidikan kemahiran pada yuran yang berpatutan.  Fungsinya sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Hospitaliti & Seni Kulinari khusus dan telah pun ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Lebih Lanjut

Kursus-kursus yang ditawar direka bentuk berpandukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Perlancongan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, pemain industri seperti hotel, restoran serta sektor pelancongan. Pentauliahan sesebuah Pusat Latihan yang ketat dibuat oleh JPK bagi memastikan mutu latihan kemahiran yang terbaik dihasilkan buat negara.

RTiC dimiliki, dibangunkan serta diuruskan oleh individu-individu yang berpengalaman dalam industri hospitaliti dan pelancongan negara. Pengalaman dan kepakaran mereka diterjemahkan kepada pelajar melalui kaedah teori yang komprehensif dan pengalaman praktikal padu yang amat penting di dalam dapur latihan.

Kami di RTiC percaya bahawa pengalaman industri sebenar adalah perkara yang amat kritikal dalam pendidikan hospitaliti demi melahirkan para graduan kemahiran yang berkualiti. Untuk mencapainya, pelajar RTiC berpeluang menjalani praktikal dipelbagai hotel, restoran dan syarikat katering (antara lain) yang diatur secara eksklusif oleh RTiC. Bagi pelajar yang berminat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi, kami telah memeteraikan kerjasama dengan Universiti MAHSA untuk menawarkan kelangsungan pelajar ke program Diploma Pengurusan Restoran & Diploma Pengurusan Hotel yang diiktiraf sepenuhnya oleh MQA. Untuk menambah keboleh-pasaran graduan kami dipersada antarabangsa, RTiC juga mempunyai perjanjian persefahaman dengan Universitiy West of London (UWL) yang berprestij di United Kingdom dan Johnson & Wales University (JWU) di Amerika Syarikat bagi memberikan laluan mudah ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana.

Pengetua

PROFESOR DATO’ ZAMZANI ABDUL WAHAB
Pemegang Post Graduate Diploma & MA in Hospitality Management dari University of  West London dan ASc. & BSc Hotel/ Restaurant/Institutional Management dari Johnson & Wales University, Amerika Syarikat. Beliau adalah chef selebriti  yang telah dianugerahkan dengan Anugerah Profesor oleh University of West London yang berprestij berdasarkan kepada pengalaman serta sumbangan beliau dalam bidang ini. Beliau juga telah memperolehi Diploma Latihan Chef dari Institut Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 1993.
Profesor Dato’ Chef Zam percaya bahawa untuk mencapai kecemerlangan, pengalaman berterusan adalah penting.  Sebagai Pensyarah Kanan dan seterusnya Ketua Projek Khas selama lebih 12 tahun di KDU University College dan juga 2 tahun pengalaman mengajar di University of West London, beliau sering dilantik sebagai juri dalam pelbagai pertandingan memasak diperingkat tempatan dan antarabangsa.
Lebih Lanjut
Selain itu, Profesor Dato’ Chef Zam juga telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pengajian Program (JKPP), Pengajian Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga (Kepujian) Fakulti Pendidikan UPM dan Ahli Panel Penasihat Industri (Kulinari), Univesity of Wollongong Malaysia KDU.
Beliau banyak menimba dan berkongsi pengalaman serta kepakaran terutamanya dalam bidang gastronomi yang dikutip semasa berada di dalam dan luar negara. Sebagai Pakar Kulinari Negara & TVET yang dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia, khidmat nasihat beliau banyak digunakan sebagai rujukan pembangunan kemahiran TVET negara.
  1. Melatih dan melahirkan tenaga kerja mahir di dalam Industri Penyediaan & Penyajian Makanan (Hotel dan Katering).
  2. Memperlengkapkan pengetahuan dan kemahiran pelatih dalam bidang Seni Kulinari, Pastri/Bakeri.
  3. Menjadikan usahawan berilmu, berkemahiran tinggi yang berdaya saing.
  4. Menawarkan jaminan penempatan pekerjaan sesuai latihan.
  5. Melatih lebih ramai pelajar bagi menghasilkan tenaga kerja berkemahiran, terlatih dan berbudaya usahawan untuk negara.
  1. Mengubah taraf ekonomi keluarga pelajar menjadi lebih baik.
  2. Membentuk jati diri pelatih berdasarkan 3 elemen iaitu sikap, kemahiran dan pengetahuan.
  3. Memberi asas kemahiran yang mana mereka mampu terlibat dalam perniagaan dan menjadi usahawan berjaya.
  4. Memberi peluang pendidikan kepada golongan belia-beliawanis untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Dengan kerjasama erat dan mempunyai rangkaian rakan-rakan industri yang luas, RTiC mampu memberikan jaminan peluang pekerjaan kepada setiap pelatih sesuai pengajian.

Rakan Industri

Fasiliti

Dapur Komersial
Dewan Kuliah
Asrama
Perpustakan